CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Life is about TRUSTING our feeling and TAKING CHANCES, LOSING and FINDING HAPPINESS, APPRECIATING the memories and LEARNING from the past... Let's together ask ALLAH to help us for not wasting the life we have.

Tuesday, March 02, 2010

Persahabatan

Persahabatan... Tidak akan ada sesiapa pun yang menafikan indahnya persahabatan. Memang indah... Suasana yang mendung pun boleh menjadi cerah kembali. Tapi, kadang-kadang orang salah faham tentang erti persahabatan. Adakah persahabatan itu hanya dengan menegur dengan cara yang menyakitkan? Adakah persahabatan itu hanya dengan menghiburkan tanpa memberi kesan apa-apa? Ataupun, hanya dengan memberi hadiah yang kegembiraannya hanya sementara? Menemani tanpa perasaan kasih sayang seperti sesuatu yang tidak bernyawa? Hanya dengan berSMS atau menghantar e-mail? Berbual kosong? Mengajak kepada kemungkaran? Tidak! Semuanya tidak!!! Bahkan persahabatan seperti itu hanya akan menyebabkan retaknya hati, terseksanya jiwa, serta membawa kepada kemurungan yang berpanjangan. Malah, persahabatan seperti ini hanya diibaratkan seperti najis di tepi jalan. Tidak bernilai dan tidak dihargai sama sekali. Apa sebenarnya persahabatan? Inilah sesuatu yang tidak dapat dirasai oleh semua insan. Persahabatan itu hanya akan tersingkap disebalik hati-hati yang dipilih Allah sahaja. Ya, betul. Persahabatan itu merupakan anugerah yang sangat indah. SANGAT INDAH Persahabatan itu adalah dengan berkongsi rasa resah, rasa gelisah, dukacita mahupun gembira. Semuanya dihadapi bersama. Sebaik-baik teman merupakan mereka yang sentiasa sedia mendengar rintihan kita ketika kita bersedih hati, sentiasa sedia memahami kita ketika kita berdukacita, sentiasa sedia menemani kita ketika kita disisihkan, sentiasa sedia memeluk kita ketika kita memerlukan pelukan dan kehangatan kasih sayang,sentiasa memberi kita harapan ketika kita rasakan kehidupan ini sudah tidak bermakna lagi, sentiasa memberi kita semangat ketika kita berputus asa untuk terus berusaha, dan sentiasa sedia berkongsi cerita atas sesuatu yang menyebabkan kita bahagia. Persahabatan yang ikhlas bukan sahaja dengan ketawa bersama-sama tetapi juga menangis bersama-sama. Sahabat seperti payung dalam hujan. Sahabatnya tidak akan dibiarkan basah dalam derita. Sahabat yang sebenar juga seperti rumah yang sering menjadi pelindung daripada sebarang kecelakaan, seperti kereta yang sering memudahkan sebarang urusan. Sesuatu yang paling wajib dihargai, sahabat sejati seperti matahari, sanggup korbankan dirinya sendiri hanya untuk kebahagiaan sahabatnya. Sungguh beruntung mereka yang beroleh sahabat sejati.
Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku sahabat seperti ini, yang akan mengajakku bersama-sama dengannya mengejar cinta-Mu. Dan jika Kau menghadiahkan sahabat kepadaku, Kau hadirkanlah kepadaku rasa ingin menghargainya sampai ke akhirat. Ameen...

0 comments:

CoooLLL!!:)