CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Life is about TRUSTING our feeling and TAKING CHANCES, LOSING and FINDING HAPPINESS, APPRECIATING the memories and LEARNING from the past... Let's together ask ALLAH to help us for not wasting the life we have.

Wednesday, March 24, 2010

Khassah ker huh??

Nak khassah.. tak nak khassah.. nak khassah.. tak nak khassah......... Aaaaa!!! macam mana ni? nak masuk khassah ke tak ni?

"Khassah mula bila, Aliya?"

"Isnin depan... Anti jadi masuk khassah tak?"

Terdiam... Tak tau nak jawab. Tiba-tiba, terdengar pula adik ana Ridwan menyanyikan nasyid 'Muhasabah Cinta'.

Argghh.. lagu tu. Lagu tu membuatkan ana terimbas balik kenangan di Matri. Tanpa disedari, air mata dah mula mengalir ke pipi.

"Aliya..." sambung ana..

"Rasa rugi sangat kalau tak masuk khassah. Nak balik Matri.. Nak balik Matri.."

Terus.. Aliya pula terdiam.. (terfikirkan sesuatu)

Ana terus sambung menangis... Sungguh ana maksudkan, rasa rugi sangat kalau tak masuk khassah.. Rasa rugi sangat kalau tak masuk Matri..

Terus ana sambung menangis.

"Nak Matri.. Nak Matri.."

Tiba-tiba... ana terfikir sorang-sorang..

"Aku nak Matri, tapi khassah?? Aku betul-betul nak khassah ke?"

Buntu... Keliru... Tak tau nak buat macam mana. Pilih khassah atau tak?

Ya Allah!! Sesungguhnya aku ni terlampau lemah. Dan aku nak minta tolong pada Engkau lagi, Ya Allah. Tolonglah aku... Bagilah pada aku apa yang terbaik untuk aku. Andainya khassah tu yang terbaik buatku, Kau mudahkanlah urusanku ke arah itu, Kau izinkanlah aku ke sana, Kau gerakkanlah hati aku untuk masuk khassah tanpa ragu-ragu, dan tolong jangan biarkan apa-apa pun yang menghalang aku mengejarnya.

Tapi.... Tapi... Andainya... khassah tu bukan yang terbaik untuk aku, aku mohon dan aku rela walaupun hal ni berat bagi aku... Kau tolonglah ubah hati aku supaya aku tidak mengharap lagi untuk ke khassah, Kau halanglah aku ke arah itu, dan tolong bukakanlah peluang aku untuk memilih apa yang terbaik untuk aku.

Tolonglah, Ya Allah... aku memohon pertolongan Kau kerana Kau mengetahui segala-galanya yang zahir mahupun yang tersembunyi. Aku merendahkan diri aku kepada-Mu serendah-rendahnya kerana aku sedar aku ini hanyalah seorang hamba yang hina sehinggakan tak dapat aku bayangkan betapa hinanya diriku sendiri. Dan... aku menyerahkan diriku sepenuhnya kepada-Mu,Ya Allah... Oleh itu, tolonglah.. Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik buat aku...

CoooLLL!!:)