Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu... Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini...
Ya Allah... Ingatkanlah aku untuk mengamalkan doa ini at least once a day no matter what..