CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Life is about TRUSTING our feeling and TAKING CHANCES, LOSING and FINDING HAPPINESS, APPRECIATING the memories and LEARNING from the past... Let's together ask ALLAH to help us for not wasting the life we have.

Wednesday, May 19, 2010

Dia Maha Pengampun

Tak ada manusia yang tidak berdosa, sebab manusia selalu dihinggapi dosa. Dan manusia yang baik bukanlah manusia yang tanpa dosa, tetapi manusia yang apabila dia melakukan dosa, dia menyedari kesalahannya dan bertaubat kepada Allah.

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kejahilannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nahl: 119)

Dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya, tatkala hamba yang bermaksiat menadahkan kedua belah tangannya ke langit, lalu berkata, “Ya Tuhanku.” Maka malaikat akan menutupi suaranya. Kemudian, hamba itu mengulanginya lagi, “Ya Tuhanku”, Malaikat pun menutupi suaranya lagi. Hamba itu lalu mengulanginya lagi “Ya Tuhanku” Malaikat pun menutupi suaranya sekali lagi. Kemudian ketika hamba
Allah itu mengulanginya untuk kali keempat, “Ya Tuhanku.” Maka Allah berfirman, “Sampai bila engkau akan terus menutupi suara hamba-Ku ini? Aku memenuhi panggilanmu, wahai hambaKu; Aku memenuhi panggilanmu, wahai hambaKu; Aku memenuhi panggilanmu, wahai hambaKu; Aku memenuhi panggilanmu, wahai hambaKu.” (Petikan dari buku ‘Jangan Takut! Allah Maha Pengampun’ penulisan Amr Khaled)

Ya Allah, kami lemah tanpa kehadiranMu dalam sanubari. Bukan Engkau yang menjauhkan diri dari kami, tetapi kami yang menjauhkan diri dariMu. Kami mohon, benar-benar berharap… janganlah Engkau biarkan kami walau sekelip mata kerana kami alpa tanpa bimbinganMu, leka tanpa pimpinanMu, terkandas di pertengahan jalan tanpa cinta dan kasihMu.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang meruntuhkan perlindungan kepada diri kami, ampunilah dosa-dosa kami yang mendatangkan bencana kepada diri kami, ampunilah dosa-dosa kami yang merosakkan nikmat yang Kau anugerahkan kepada kami, ampunilah dosa-dosa kami yang merintangi doa-doa kami,
ampunilah dosa-dosa kami yang menurunkan bencana buat diri kami. Ya Allah, ampunilah segala dosa yang telah kami lakukan dan segala kejahatan yang telah kami kerjakan.

8 comments:

SLE??

wahai manusia!
sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dgn istghfar.
punggung2mu berat kerana beban (dosa)mu, ringankanlah dgn memperpanjangkan sujudmu....

sesungguhnya malaikat Jibril itu diutuskan utk menyempurnakan hajat manusia...apabila seseorang kafir itu memohon, Allah meminta Jibril agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata2nya...
dan...apabila seseorang hamba yg muslim dikasihi meohon, Allah memerintahkan kpd Jibril agar menahan,menagguhkan dan jgn disempurnakan dgn cepat hajatnya kerana Allah amat rindu mendengar suaranya.....

p/s:jgn putus berd0a kpd Allah...
d0a tuh senjata kita~~~
Allah kn0ws everything~~~

PeArl BuSyra

SLE??
Jazakillah shbhku... nti dh byk sokong ana. Ana hrgai sgt2. Praise be to my Lord cuz giving me a friend like u. Nti tw.?? ana kagum ngan nti. lgpun, nti kn sifu ana. Huhu... Truskn doa utk ana yek. Smg redha-Nya jd milik kita. InshaAllah... Yeah. Allah knows everything~~~

PS:Best lh kata2 dlm 2nd paragrph yg nti tulih tuh... Hadith ke tu.???
Oh ye, Brape kali dh ana kata kt nti jgn gne nama SLE. Balun nnti bru tw. Nasib baek nti sifu ana, klu x.... JGN GNE NAMA SLA DH PAS NI. OKAY???

(AM.NA)

Dia akan mengampunimu wlaupun dosamu sbesar gunung..dunia..asalkn kmu x sekutukan Dia...Ya Rabb..this person is very wonderful..n I love her...save all of us(stay in d&t) from naar...and for those who lost his/her way..show them your way..ameeen..

kawan..truskan(^o^)...moga Allah sayang kita:))

doakan untk semua..wlpun yg pernah sakitimu..sedangkan nabi maafkan ummatnya:)

salam sayang..

PeArl BuSyra

(AM.NA),
Btl ckp nti, Dia tetp akn ampunkn kslhn kita wlopon sebsr gunung. u know, I'm not a very wonderfull lady as u r... my dear friend, I love u too. O my Lord, this frend of mine is right. Hope You'll let us stay in D&T till our last breath.. Ameen.

Jzkllh ats smgt yg diberikn. Fiqah, jom sme2 kita senyum.. Cuz there's somebody who loves us. & that is Allah...

InshaAllah.. kalian slalu dlm htiku. nti tlg doakn ana yek!!

salam sayang kembali...

bluesky

salam ukhti..semoga sentiasa dalam rahmat Allah.maaf andai perutusan ni buat hati nti x tenteram.cuma ana nak minta tolong dalam masa yg sama menyarankan....tolong cari buku karangan john gray,tajuk dia men are from mars,women are from venus.boleh???penting sgt3.ttg apa?nak tau kena la cari.kena baca!ana cari sampai sekarang x jumpa2..kalo nti dah jumpa bgtau ana.ana nak juga...ok???cari tau..tu saja.jazakillah khair...salam

PeArl BuSyra

bluesky,
InshaAllah, I'll try my best. Kal0 ana jmpe buku, ana bg tw... Smg sntiasa diredhai dn dikasihi Rabb yg Esa. Salam...

bluesky

salam ukhti..dah jumpa buku tu??jazakillah khair.maafkan ana menyusahkan.kalo ukhti ada kelapangan ana nak minta ukhti tolong.tolong terjemahkan untuk ana ke dalam bahasa melayu/bahasa inggeris yg mudah.kalo ada kelapangan tau,xde xpa.utamakan yg lebih aula.kalo boleh siap satu chapter/topik/perbincangan tolong sendkan ke blog ana atau mesejkan kedalam facebook ana..wahh,,banyaknya ana minta tolong ukhti ye..lastly ,,Allah knows everything n may he bless us...jazakillahu khoiron kathiro.salam.........

PeArl BuSyra

Bluesky,
Salam... Yup, alhamdulillah ana dh jmpe buku tu. Tp, ana x de laa hebat sgt dlm mnterjemah bhs nih. Nway, inshaAllah I'll try my best. slagi ana blh tlg, ana akn cuba tlg... Kalo dh siap 1 chapter or de s0mething pr0b ana akn bg tw yek.. Yes, may Allah bless us... Ameen.

CoooLLL!!:)